Perhimpunan Rasmi 2016
Perhimpunan rasmi sesi pagi telah diadakan pada 3 Januari 2016. Perhimpunan turut dihadiri oleh pegawai pendidikan daerah Kota Tinggi, Encik Zayadi dan pegawai perhubungan sekolah, Yang Setia ASP Tuan Haji Hadzir bin Che Pa. Encik Anuar bin Sukiran, pengetua SMK Tun Habab dalam ucapannya mengingatkan para pelajar akan tanggungjawab mereka kepada akademik, kokurikulum dan sahsiah untuk menaikkan pencapaian sekolah sesuai dengan moto sekolah, Kitalah Harapan Kita Dihadapan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pelajar tingkatan 3 2015 kerana mencapai kejayaan yang cemerlang pada PT3 baru baru ini.