Ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Aktiviti kokurikulum minggu ini, 6 April 2016 menjemput Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran bas bergerak dan slot ceramah. Sesi ceramah merupakan pendedahan eksklusif daripada seorang pembimbing rakan sebaya (PRS) yang telah terlibat dengan penagihan dadah. Sekarang beliau telah pulih dan kini giat menjalankan program bagi mencegah penagihan dadah daripada awal usia.
#Gambar sumbangan daripada unit majalah dan Puan Roslina bt Ismail