Hari Anugerah Kilauan Bestari Kokurikulum Terpuji Meriah
Pada 9 April 2016, telah berlangsung Majlis Kilauan Bestari Kokurikulum Terpuji di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hamimah bt Haji Mansor, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Penawar.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah Kokurikulum Terpuji yang memberi penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum. Hadiah disampaikan oleh wakil Pegawai Perhubungan Polis Bahagian Sekolah, Inspektor Nawin Suksuwan a/l Eh Som.
Anugerah Kilauan Bestari turut mengiktiraf para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Turut disampaikan ialah Anugerah Seri Kencana yang merupakan anugerah tertinggi kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan aktifi dalam bidang kokurikulum. Anugerah Seri Kencana ini telah diberikan kepada Chua Yung Qi (PT3), Ashwin a/l Boopathy (SPM) dan Nor Isma Hanis bt Abd Farid (STPM). Hari Anugerah Kilauan Bestari Kokurikulum Terpuji mengiktiraf sumbangan daripada agensi luar seperti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Ikatan Sukarelawan, Batalion Pertama Rejimen Kem Ulu Tiram dan Jabatan Pertahanan Awam.
Majlis turut diselang seli dengan beberapa persembahan yang menarik daripada pelajar-pelajar SMK Tun Habab yang diketuai oleh Puan Ku Sunira bt Ku Johari manakala persembahan multimedia turut memaparkan pelbagai aktiviti pelajar sepanjang tahun 2016 sebelum acara bermula. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Hari Anugerah Kilauan Bestari Kokurikulum Terpuji.
#Gambar adalah sumbangan Puan Marliana bt ismail dan Unit Majalah