Majlis Perasmian Penutupan Minggu Orientasi
12 Mei 2016 telah berlangsung majlis penutupan rasmi Minggu Orientasi Prauniversiti SMK Tun Habab. Majlis telah ditutup secara rasmi oleh pengetua, Encik Anuar b Sukiran. Pengetua dalam ucapannya yang penuh harapan agar siswa/siswi prauniversiti dapat melakukan anjakan kepada perkara yang lebih positif berbanding semasa mereka di tingkatan 5. Usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan STPM melebihi PNGK 3.10.


