Pelancaran Bulan Kebangsaan Meriah!

Pelancaran Bulan Kebangsaan yang bertemakan Sehati Sejiwa telah diadakan pada 21 Ogos 2016 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh En. Anuar b Sukiran, pengetua SMK Tun Habab. Beliau mengingatkan para pelajar agar mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang dan menghargai perjuangan orang-orang lama serta berusaha untuk mengekalkan perpaduan agar negara kekal aman dan sejahtera.
Majlis yang dianjurkan oleh panitia Sejarah akan mengadakan pelbagai aktiviti bersama dengan guru-guru yang terlibat dalam bidang kemanusiaan yang diterajui oleh Pn. Noorizah bt Zakaria (GKMP Kemanusiaan). Majlis diteruskan dengan program kecemerlangan Sejarah


#Sumber gambar dan berita Pn. Suriah dan Pn. Noorizah