Lawatan Menteri Pendidikan di Sambut Meriah!
Pada 10 September 2016 yang lalu, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Seri Mahdzir b Khalid telah mengadakan kunjungan mesra ke SMK Tun Habab. Turut hadir pada program ini, Pengarah Pendidikan negeri Johor, Tuan Haji Shaharudin b Sharif dan Pegawai Pendidikan daerah Kota Tinggi, En. Md Din b Husein sempena Majlis Ramah Mesra bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah dalam Kawasan Parlimen Tenggara. YB Datuk Dr Adham b Baba (ADUN Pasir Raja) juga hadir mengiringi beliau mendengar sedikit taklimat oleh En. Md Din b Husein dan seterusnya melancarkan EBuletin PPD Kota Tinggi dan Pembentangan Pembelajaran Abad Ke 21 Kota Tinggi showcase.
SMK Tun Habab sangat bertuah kerana menerima kunjungan tuan!




#Sumber gambar daripada En. Khairul Anuar