Aktiviti Pendakian Gunung Arong
Pada 17 September 2016, sekumpulan guru dan pelajar prauniversiti SMK Tun Habab telah berjaya menawan Gunung Arong dengan ketinggian 240m yang terletak di daerah Mersing. Aktiviti mendaki ini dianjurkan oleh Johorean Hikers disertai oleh 31 orang pendaki termasuk guru kokurikulum prauniversiti SMK Tun Habab, En. Saharudin b Abdullah dan 6 orang pelajar 6A Al Jauzi dan 6A Al Farabi.
Tahniah kepada En. Saharudin dan pelajarnya!
#sumber gambar dan berita daripada En. Saharudin