Malam Tautan Pemuafakatan Parlimen Tenggara 2016
Pada 22 Oktober 2016, warga pendidikan di kawasan Parlimen Tenggara telah dijemput untuk menghadiri Majlis Tautan Pemuafakatan Parlimen Tenggara 2016 yang telah diadakan di Dewan SJKC Mawai. YB Datuk Halimah bt Mohamed Sadique yang merupakan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli parlimen Tenggara. Pada majlis berkenaan PIBG SMK Tun Habab menerima sumbangan untuk aktiviti pelajaran sebanyak RM5,000 yang diterima oleh Tn. Hj. Hasrin b Abd Samad. Pada masa yang sama juga, Pengetua SMK Tun Habab, En. Anuar b Sukiran menerima cek bernilai RM10,000 dan plak atas pencapaian SPM terbaik kaetgori sekolah kawalan. YB Datuk Halimah juga turut menyampaikan sumbangan kertas A4 dan banner ucapan kepada calon-calon SPM dan STPM.
Tahniah kasih daun keladi Datuk!
#Sumber gambar daripada En, Anuar b En, Saharudin