Majlis Penutupan Minggu Orientasi Tingkatan 4

Pada 3 Januari 2017 telah diadakan penutupan rasmi Minggu Orientasi Tingkatan 4 di Dewan Seri Tun Habab. Program yang dianjurkan oleh Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, Puan Sara bt Ithnin. Minggu Orientasi ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada semua pelajar tingkatan 4 kepada jurusan atau bidang bersesuian dengan kebolehan mereka. Setiap panitia diberi peluang untuk memberikan sedikit taklimat mata pelajaran masing-masing kerana terdapat beberapa silibus baru yang diperkenalkan kepada calon PMR 2016 ini. Program diakhiri dengan penyampaian surat yang mengandungi senarai nama pelajar kepada guru kelas masing-masing.