Sambutan Maulidur Rasul Berwarna Warni
Sambutan Maulidur Rasul telah disambut meriah dengan dimulakan dengan selawat kepada junjugan kita, Nabi Muhammad SAW. Dengan pakaian yang berwarna-warni pelajar berkumpul di Dewan Seri Tun Habab dan mendengar alunan suara yang lunak daripada bekas qari SMK Tun Habab, saudara Mohamad Yusof b Kasim. Majlis diteruskan dengan pertandingan marhaban oleh pelajar-pelajar dan slot tayang video. Jamuan makan menggunakan dulang mengakhiri sambutan maulidur rasul 1438h peringkat sekolah.


#Sumber gambar daripada Pn. Noorizah bt Zakaria