Program Jom Ke Sekolah
Jom Ke Sekolah telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, En. Md Din b Husein di SMK Tun Habab. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 5 Februari 2017. Sebelum itu, majlis didahulukan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Anak Suria serta bacaan doa dan ikrar oleh pelajar-pelajar.

Majlis menjemput Superintenden Hj. Rahmat b Hj. Othman yang membaca teks ucapan daripada Ketua Polis Negara dan diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pengarah KPM yang dibacakan oleh En. Md. B Husein. Turut hadir pada majlis ini ialah Deputi Superintenden Mohamed Sazif b Mohamed Subri, Asisten Superintenden Mohd Azizuddin b Ibrahim, Tn. Hj. Zulkefli b Mohamed dan Tn. Hj. Hasrin b Abd. Samad.

Peti aduan bagi kes disiplin dan salah laku telah diaktifkan kepada para pelajar sekiranya berlaku kes-kes tersebut.
#Sumber gambar daripada Unit ICT