Majlis Jasamu Abadi di Hati Ini
Majlis Jasamu Abadi di Hati Ini merupakan majlis khas yang diadakan pada 2 Mac 2017 untuk meraikan perpindahan Guru Penolong Kanan Petang, Puan Hajah Athipah binti Mohd Nor ke kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan. Bertemakan warna biru / ungu, majlis berlangsung dengan tenang dan sayu dimulai dengan paluan kompang, tarian zapin dan iringan selawat apabila beliau dibawa masuk ke dewan.
Persembahan multimedia yang dihasilkan oleh Briged Bestari diteruskan sejurus bacaan doa dan persembahan nasyid oleh pelajar. Tuan pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil turut merasai kehilangan walaupun beliau baru sahaja sebulan berada di SMK Tun Habab. Kepimpinan Hajah Athipah dapat dilihat sepanjang beliau mula menjejak kaki ke SMK Tun Habab pada tahun 2005.
Puan Hajah Athipah atau milah panggilan manja dalam keluarganya cukup terharu dengan majlis yang diadakan ini dan berterima kasih kepada guru-guru sesi petang kerana sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama yang padu sepanjang beliau bergelar Guru Penolong Kanan Petang. Walaupun berat untuk meninggalkan SMK Tun Habab, beliau terpaksa juga kerana ingin menabur bakti kepada bonda tercinta. Majlis yang turut dihadiri oleh SIC+ Partner, Pn. Hjh. Syarifah Zainon binti Syed Lani, diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Tun Habab.
Selamat bertugas di tempat baru!
#Sumber gambar daripada Unit ICT