SMK Tun Habab Naib Johan Video Anti Dadah 2017

Pada bulan Oktober yang lalu telah diadakan Pertandingan Drama Pendek bagi Kempen Anti Dadah Negeri Johor.  SMK Tun Habab telah menghantar 2 pasukan untuk menghasilkan video mengikut tema yang diberikan. Video yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 4 yang bertajuk Sunyi telah memenangi tempat kedua yang menerima sijil dan cek bernilai RM1000. Manakala Video bertajuk Kawan yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 2 telah menerima hadiah tempat keenam yang turut menerima cek bernilai RM100. Majlis pengumuman pemenang itu telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia pada 21 November 2017. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat.

Video Sunyi menyandang Naib Johan dalam pertandingan Video Pendek Antu dadah

#Sumber gambar daripada En. Muhammad Azri

Leave a Reply