Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Sekolah
Pada 21 Februari 2018, SMK Tun Habab telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Sekolah di Dewan Seri Tun Habab kepada semua pengerusi tingkatan, Badan Beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Majlis kali ni menjemput wakil PPD Kota Tinggi, Encik Ishak bin Ismail untuk merasmikan majlis dan menyampaian sijil kepada pengerusi-pengerusi yang telah dilantik. Beliau dalam ucapannya sangat berbesar hati kerana dijemput untuk menyampaikan sijil kepada bakal pemimpin masa depan. Beliau mengharapkan agar pelantikan ini bukan sekadar nama sahaja tetapi perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti.




















































