Program SMARTEC 2018
Bermula 29 – 31 Mac 2018, calon SPM 2018 telah berkampung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk Program Smart Education Camp 2018 yang dikendalikan oleh mahasiswa UTM. Program yang berlangsung selama 3 hari ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua calon untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2018.


