Genta Tun Habab Johan Pantun
Pada 28 hingga 29 Mac 2018 telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah Kota Tinggi di SMK Bandar Mas. Pada karnival tersebut, pasukan Genta Tun Habab telah menjadi Johan pagi Pertandingan Pantun dan sekaligus mewakili daerah Kota Tinggi dalam Pesta Pantun peringkat negeri Johor di SMK Bandar Putra, Kulaijaya pada 3 – 5 April 2018.
Peserta yang mewakili SMK Tun Habab terdiri daripada :
Nurdanisha binti Zainal Abidin
Nur Fatin Nadiah binti Mohd Zake
Syahirah binti Mohd Radzi
Mohd Alif bin Akmal
Mohd Azmiruddin bin Ismail
Tahniah diucapkan kepada peserta dan guru penasihatnya, Puan Norashin binti Ishak dan Puan Ku Sunira binti Ku Johari. Semoga SMK Tun Habab dapat mewakili negeri Johor dalam pertandingan Pesta Pantun peringkat kebangsaan.