Audit Akademik Bersama Pengetua


Program Audit Akademik bersama tuan pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil telah dimulakan pada hari ini, 18 April 2018. Program turut dihadiri oleh semua guru mata pelajaran tingkatan 5 Al Biruni diadakan di kelas 5 Al Biruni. Tuan pengetua memaparkan audit bagi setiap calon SPM 2018 bagi memastikan setiap calon mencapai sasaran dan melaksanakan strategi untuk mencapai sasaran itu.