DTC-JDT SMK Tun Habab Terima RM65000
Pada 15 April yang lalu, DTC-JDT SMK Tun Habab telah menerima tajaan daripada MBAM Consultant and Engineering di Dewan Seri Tun Habab. Pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil telah menerima cek bernilai RM65000 daripada Datuk Mohd Khir bin Abd. Samad yang mewakili MBAM Consultant and Engineering secara tidak langsung menjadi rakan strategik bagi program berkenaan. Wang tajaan ini bertujuan untuk pengurusan DTC-JDT dan membina sebuah pusat fisioterapi yang pertama di negeri Johor ini. Menurut Datuk Mohd Khir, beliau terpanggil untuk sama-sama memberikan sokongan pembangunan bola sepak negeri Johor atas dasar minat yang tinggi dalam arena bola sepak pada Majlis Perasmian Penajaan Program Pembangunan Bola Sepak DTC-JDT Kota Tinggi yang dirasmikan oleh Setiausaha Kehormat Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim, Kapten Mohd Fahmy bin Yahya. Semoga program penajaan seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan demi pembangunan bola sepak negara khususnya negeri Johor.