Zulaikha Johan Cakna ke Peringkat Kebangsaan


Pada 6 hingga 8 Mei 2018, SMK Tun Habab telah terpilih di antara 7 buah sekolah yang bertanding untuk menyertai pertandingan CAKNA dan NICTSeD peringkat negeri Johor yang berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. SMK Tun Habab telah berjaya masuk ke peringkat akhir bagi kedua-dua pertandingan. Pada pertandingan tersebut, Zulaikha binti Abdullah berjaya menewaskan 3 peserta yang lain dalam Cabaran Keselamatan Siber Nasional sekaligus mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Manakala pasukan NICTSeD yang dianggotai oleh Shahrveena a/p Saravanan, Derrick Lim Lip Seng, Suvarna a/p Sivamani, Nurul Amylia Natasha binti Abd Halim dan Nursyazwani Najiha binti Misran tewas dengan pasukan NICTSed dari Sekolah Tun Fatimah. Walaupun gagal dengan menjadi johan, para peserta menunjukkan usaha dan daya saing yang tinggi pada pertandingan akhir. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan para peserta.

Leave a Reply