SMK Tun Habab Naib Johan Petanque
Pasukan Petanque SMK Tun Habab telah mendapat tempat kedua bagi kategori bawah 14 tahun (Junior) di Kejohanan Petanque ANGKASA negeri Johor anjuran ANGKASA dan JPNJ yang diadakan pada 14 Julai 2018 (Sabtu) di Padang Petanque YPJ Taman Perling, Johor Bahru. Pasukan Petanque ini telah diwakili oleh Nur Amanina Farisha binti Azman, Laila Hanan Syah binti Irwan Syah dan Nur Syakeerah Hani binti Shahrul. Satu lagi pasukan telah berjaya mendapat tempat keempat yang diwakili oleh Nurzakiah Auni binti Mohd Ramli,Nurhidayah binti Mat Salleh dan Aneesa Qasrina binti Asmadi. Tahniah diucapkan kepada jurulatih, Encik Mohd Talhah bin Mohd Noh dan En. M. Rizal bin Kasmon.