Zulaikha ke Peringkat Kebangsaan


Pada hari ini, 18 Julai 2018, peserta pertandingan CAKNA peringkat kebangsaan dari SMK Tun Habab iaitu saudari Zulaikha telah berangkat ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTP) dengan diiringi oleh Cik Nur Amira binti Adnan untuk menghadiri latihan pusat. Turut bersama-sama dengan mereka ialah pasukan daripada Sekolah Tun Fatimah (STF) yang mewakili negeri Johor dalam pertandingan NictSED. Pertandingan CAKNA dan NictSED bakal diadakan di BTP negeri Kelantan. Semoga berjaya!

Leave a Reply