Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan
Pada 18 September 2018, SMK Tun Habab telah menerima kunjungan daripada pegawai penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2018 bagi kategori Sekolah Bestari Cemerlang. Kunjungan kali ini adalah merupakan kali kedua bagi pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur iaitu Puan Fadzliaton binti Zainudin (Ketua Unit Penyelarasan Dasar) dan Dr. Suhaimi bin Abd Kadir (Ketua Penolong Pengarah Unit Pembestarian Sekolah). Semoga kunjungan mereka kali ini dapat membuahkan hasil yang lumayan buat SMK Tun Habab. Glorious Tun Habab!