MERIAHNYA HARI KEUSAHAWANAN DAN HARI SUKAN NEGARA
Pada 13 Oktober 2018, SMK Tun Habab telah sama-sama meraikan Hari Sukan Negara yang disambut oleh semua warga Malaysia. SMK Tun Habab turut mengadakan Hari Keusahawanan yang merupakan acara kemuncak bagi aktiviti kokurikulum bagi tahun 2018. pelabagai acara telah dijalankan antaranya seperti jualan makanan dan minuman, jualan prdoduk dan perkhidmatan, pameran mini zoo, rumah hantu, pelbagai pertandingan sukan dan persembahan senam robik. tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Tun Habab.