Pasca PT3 : Aktiviti Memasak
Pada 15 November 2018, program pasca PT3 diteruskan dengan pertandingan memasak. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1.5kg ayam yang telah dipotong. Mereka perlu memasak mengikut resepi yang telah dipilih oleh kumpulan masing-masing. Aktiviti memasak ini diteruskan bagi pelajar sesi petang tingkatan 1 dan 2. Program dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam SMK Tun Habab. Tahniah kerana ramai pelajar yang berpotensi untuk menjadi chef.