Sesi Pemilihan DTC-JDT Kota Tinggi 2019
Pada 24 November 2018 telah diadakan sesi pemilihan pasukan bolasepak DTC-JDT di SMk Tun Habab. Pemilihan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 2019. Pemain-pemain yang terpilih akan ditawarkan untuk menyambung pelajaran tingkatan 1 di SMK Tun Habab dan menjalani latihan bersama-sama pasukan DTC-JDT Kota Tinggi. Untuk makluman, DTC-JDT Kota Tinggi mendapat penajaan daripada pelbagai pihak seperti Datuk Mohd Khir bin Abd. Samad daripada MBAM Consultant and Engineering dan En. Sahril bin Hj. Solehan daripada Produk XT-Cool. Pemain yang layak akan dihubungi apabila keputusan UPSR diumumkan pada 29 November 2018 nanti. Tahniah kepada pelajar yang berjaya.


