Bengkel Klik Dengan Bijak


Pada 17 Januari 2019 berlangsungnya program Klik dengan Bijak (Remaja dan dunia digital) bagi pelajar tingkatan satu anjuran Unit ICT dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tun Habab. Kerjasama yang telah terjalin selama beberapa tahun ini memberi peluang dan ruang anak anak tingkatan satu belajar bagaimana untuk menggunakan internet dengan sebaiknya. Seramai 10 orang fasilitator daripada Pusat Internet Daerah Kota Tinggi bersama- sama menjalankan program ini. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang hari dan di akhir aktiviti acara penyampaian gadiah disempurnakan oleh Puan Fairus binti Abd Ghani Penolong Kanan Petang SMK Tun Habab. Semoga kerjasama ini berterusan di masa akan datang

Leave a Reply