Bengkel Pendaftaran Online PPIM
Pada 14 Februari 2019. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) daerah Kota Tinggi telah mengadakan bengkel pendaftaram online yang berlangsung di Dewan Warisan. Pendaftaran ini bertujuan untuk memberi taklimat dan panduan kepada Guru Muda PPIM untuk mendaftarkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan menengah. PPIM SMK Tun Habab telah diberi penghormatan untuk melaksanakan bengkel ini dan turut dibantu oleh Salihah Farihin binti Moahamed Saleh (5 Al-Khawarizmi,Nor Amalyn Aireen bibnti Mohd Radzi (5 Al-Khawarizmi) dan Nurhanisa binti Mohammad Haris (5 Al-Alusi), Siti Zubaidah binti Abdul Rahman (5 Al-Biruni).