Pemantauan Asrama oleh KPPD Kota Tinggi


Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) telah menerima kunjungan daripada Tuan Haji Muhamad Fadil bin Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan daerah Kota Tinggi pada 12 Mac 2019. Beliau dengan ditemani oleh beberapa orang pegawai di Pejabat Pendidikan daerah Kota Tinggi untuk melawat sekitar kawasan asrama, pejabat, tempat penginapan, kantin dan bilik belajar. Beliau mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan kakitangan asrama dan sempat beramah mesra dengan beberapa orang penghuni asrama. Terima kasih tuan!

Leave a Reply