#PrayforPasirGudang
Pada 17 Mac 2019, SMK Tun Habab telah mengadakan solat hajat khas untuk warga Pasir Gudang selepas waktu perhimpunan. Seperti yang diketahui melalui media massa dan media sosial, pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim menyebabkan ramai pelajar dan orang awam mengalami sesak nafas yang kritikal dan terpaksa dikejarkan ke hospital-hospital yang berdekatan. Keadaan semakin parah apabila beberapa buah sekolah, pejabat dan kilang terpaksa ditutup hingga ke satu tarikh yang akan diumumkan oleh kerajaan negeri. Semoga pencemaran bahan kimia ini semakin pulih dan keadaan semakin reda. Kami juga mendoakan agar pesakit-pesakit yang berada di hospital disebabkan oleh udara yang tercemar ini segera pulih. Harapan kami supaya keadaan ini memberi kesedaran pada kita semua supaya dapat menjaga alam sekitar terutamanya sungai-sungai yang berada di persekitaran kita. Ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling kita agar tidak mendatangkan mudarat kelak. #sayangisungaikita #semogacepatsembuh