Majlis Selautan Budi, Sanjungan Hati, Abadi Dalam Memori

Majlis Selautan Budi, Sanjungan Hati, Abadi dalam Memori sedang berlangsung di Dewan Seri Tun Habab. Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab bagi mengenang jasa cikgu Rafidah binti Abd. Hamid yang bersara pada 10 April 2019. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Tun Habab dan kembali semula ke sini sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Hiasan pentas yang bertemakan English Garden menarik minat penonton yang hadir untuk bergtambar. Hadir pada majlis ini ialah keluarga yang tercinta (anak, mennatu dan cucu) dan rakan-rakan lama beliau seperti cikgu Sulor, cikgu Sara, cikgu Umi Kalsom dan cikgu Syarifah Zainon. Bekas pengetua SMK Tun Habab iaitu cikgu Haji Mustafa bin Sani dan cikgu Radiah binti Suliman juga turut dijemput. Persembahan pelajar dimulakan denagan nyanyian solo lagu-lagu yang menggamit nostalgia oleh produksi Matahariku dan persembahan multimedia oleh Duta Penggerak Digital. Selamat bersara cikgu Rafidah!























































































