Nor Syakilla Johan Pertandingan Sajak Kota Tinggi
SMK Tun Habab telah menghantar penyertaan dalam pertandingan Sajak dan Syair Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi pada 22 April 2019 bertempat di Muzium Kota Tinggi. Nor Syakilla binti Nordin yang juga pendeklamator sajak telah dinobatkan sebagai Johan Deklamasi Sajak manakala Raja Nurul Faradiana binti Raja Muhammad Putra yang melagukan Syair Nasihat Penghujung Thammarat Al.Muhimmah irama Batu Belah yang turut mewakili SMK Tun Habab mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. SMK Tun Habab adalah penganjur bagi Pertandingan Deklamasi Sajak dan Syair pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada keduanya yang berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Nor Syakilla Binti Nordin akan mewakili Kota Tinggi ke peringkat negeri Johor yang bakal berlangsung pada 2 Mei 2019 di Muar. Didoakan agar kejayaan bakal menjadi milik Syakilla di peringkat negeri kelak.