SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Pada 14 Mei 2019, SMK Tun Habab menerima kunjungan daripada pegawai penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) peringkat negeri Johor, Encik Aziz bin Atan, Puan Zarifah binti Zakaria, Puan Noorhidayah binti Mohd Zahri dan Encik Mohd Kamal iskandar bin Mohd Shafri. PSS Glorious Tun Habab adalah antara calon yang yang bertanding daripada 7 buah sekolah di negeri Johor termasuk SMK Air Tawar dan SMKA Bandar Penawar dari Kota Tinggi. 4 buah sekolah lagi ialah SMK Sultan Ismail, SMK Pekan Nenas, SMK Padua Tuan dan SM Sains Batu Pahat. Tahniah kepada kepada semua yang terlibat dan semoga SMK Tun Habab berjaya mewakili negeri Johor di peringkat kebangsaan.