SMK Tun Habab Pengelola Permainan Tradisional Kabbadi
Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dengan kerjasama Muzium Negara telah menganjurkan Festival Permainan Tradisional. SMK Tun Habab telah dipilih untuk mengelolakan permainan Kabbadi pada 21 Ogos 2019. Kabbadi adalah merupakan permainan tradisional yang popular bagi masyarakat India.
Pada pertandingan ini, pasukan SMK Laksamana A menjadi johan apabila menewaskan pasukan dari SMK Taman Seri Saujana. Manakala SMK Laksamana B menduduki tangga ketiga dan pasukan Glorious Tun Habab mendapat tempat keempat. Tahniah kepada jawatankuasa Permainan Tradisional Kabbadi SMK Tun Habab dan para peserta yang mengambil bahagian.