Pilihanraya MPPT6 Sesi 2019/2020
Pada 28 Ogos 2019 telah berlangsung pilihanraya pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) sesi 2019/2020 di SMK Tun Habab. Para pengundi adalah terdiri daripada pengetua, barisan pentadbir, semua guru dan para pelajar tingkatan 6. Pemilihan ada;lah bertujuan untuk memilih wakil yang layak memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi MPPT6 yang boleh memimpin dan mengurus aktiviti-aktiviti serta kebajikan berkaitan dengan pelajar-pelajar tingkatan 6.





