Kursus Paten Peringkat Negeri Johor
Pada 3 dan 4 September 2019, dua orang guru dan seorang pelajar SMK Tun Habab telah menghadiri Kursus Paten Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Hotel Puteri Pacific , Johor Bahru. Kursus dua hari ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua peserta untuk menyediakan rekabentuk paten mengikut panduan dan melengkapkan dokumen permohonan.
Kursus dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) cawangan negeri Johor. Peserta-peserta terdiri daripada pelbagai jabatan termasuk daripada SMK Tun Habab, Jabatan Bomba, UniKL, Jabatan Pengairan dan Saliran dan syarikat swasta yang lain.
Antara tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada pencipta produk untuk melindungi produk mereka. Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.
Manakala perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten.
Moga program ini akan diteruskan pada masa hadapan untuk memastikan produk ciptaan kita benar-benar dilindungi oleh undang-undang.