Pasukan DTC Kota Tinggi Layak ke Separuh Akhir
Pada 24 September 2019 telah diumumkan pasukan DTC Kota Tinggi layak ke separuh akhir Piala DTC Bawah 14 Tahun. Pasukan yang dibimbing oleh cikgu Zulhariri, cikgu Mohammad Ezaq dan cikgu Sairi ini telah berjaya menewaskan pasukan DTC Mersing dengan jaringan 1 – 0.
Tahniah kepada pasukan DTC Kota Tinggi yang diwakili oleh pelajar-pelajar Glorious Tun Habab.
Jadual perlawanan hari ini, DTC Kota Tinggi menentang DTC Kulai. Jika berjaya ke akhir, DTC Kota Tinggi bakal menentang SSN Johor atau PLD Johor Bahru. Semoga berjaya!