Amir Hariz Tokoh Kejuruteraan Rekabentuk Negeri Johor
Tahniah kepada Amir Hariz bin Mashuri apabila berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Kejuruteraan Rekabentuk peringkat negeri Johor. Beliau telah dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor pada Majlis Anugerah Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 7 November 2019 di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Turut menerima anugerah pada manjlis berkenaan ialah guru pembimbing, cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad. Manakala tuan pengetua, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil turut menerima Anugerah Khas Juri bagi kategori Komitmen Inovasi.
Tahniah diucapkan kepada pemenang.