Taklimat Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6

Taklimat pengurusan kokurikulum diadakan pada 2 Januari 2020 di Dewan Tun Sri Lanang. Cikgu Saharudin bin Abdullah selaku Guru Kokurikulum Tingkatan 6 telah memberikan taklimat dan penerangan berkaitan dengan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2020 kepada semua pelajar tingkatan 6 semester 2.  Taklimat ini penting kepada semua pelajar agar mereka dapat melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kelab, sukan dan badan beruniform. Turut hadir dalam taklimat tersebut adalah cikgu Husna binti Abd Hadi, Penolong Kanan Tingkatan 6.

Leave a Reply