Bengkel Pengurusan Perhimpunan

Bengkel pengurusan perhimpunan telah dilaksanakan pada 11 Januari 2020 di Dewan Seri Tun Habab. Bengkel yang dikendalikan oleh cikgu Saharudin bin Abdullah dan cikgu Zeti Akhtar bin Abd. Kadir  menyasarkan pemimpin-pemimpin sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, pengawas Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Students Leader Borads (SLB) dan Duta Penggerak Digital (DPD). 

Mereka yang turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) telah dibimbing untuk menguruskan perhimpunan pagi mengikut protokol dan memastikan perjalanan perhimpunan rasmi pada setiap hari Ahad berjalan dengan lancar.

Tahniah diucapkan kepada guru dan fasilitator.

Leave a Reply