Program Ziarah Cakna
Pada 9 Februari 2020, PPD Kota Tinggi telah melancarkan program Ziarah Cakna ke rumah pelajar yang memerlukan bantuan. SMK Tun Habab yang diwakili oleh barisan pentadbiran dan Ahli Jawatankuasa PIBG telah menziarahi rumah keluarga pelajar, Muhammad Ammar Hafis bin Zainal Abidin (Kelas 5 Al Farabi) di Taman Aman, Kota Tinggi. Keluarga Muhammad Ammar Hafis bergantung sepenuhnya dengan elaun OKU yang diterima ibunya sebanyak RM400. Ibunya hilangan penghilantan apabila mengalami sakit saraf mata (Glukoma). Manakala bapanya mengalami bahu patah semasa bekerja dan tidak mampu untuk membuat kerja-kerja berat.
Turut hadir pada program ini ialah Encik Roslan bin Mohammad Noh (Penolong Pegawai PPD Kota Tinggi), cikgu Zakaria bin Abd. Jalil (Pengetua SMK Tun Habab), cikgu Mohd Radzi bin Ismail (PK Pentadbiran SMK Tun Habab), cikgu Hajah Hamaliah bin Ariffin (PK Hal Ehwal Murid SMK Tun Habab), YDP PIBG SMK Tun Habab, YDP PIBG SMK Taman Kota Jaya, YDP PIBG SMK Bandar, YDP PIBG SMK Bandar Mas dan barisan kepimpinan pelajar SMK Tun Habab. Nasib pelajar ini mendapat perhatian apabila ibu dan bapanya mengalami masalah kesihatan.
Program ziarah ini bukan lawatan semata-mata bahkan bertujuan untuk menyampaikan sedikit sumbangan barang keperluan dapur dan wang tunai. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Ammar dan keluarganya.