Hari Pertama Sesi Persekolahan Norma Baru

Sesi persekolahan norma baru telah bermula pada 24 Jun 2020. Semua sekolah menengah yang menerima pelajar tingkatan 5 dan 6 telah melaksanakan SOP yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Turut hadir pada hari pertama persekolahan ini ialah pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Tun Habab sesi 2020/2021.

#kitajagakita

Leave a Reply