Taklimat Perluasan KBAT dan Deskripsi Tugas
Pada 18 Oktober 2020, pengetua SMK Tun Habab telah memberi taklimat berkaitan dengan perluasan KBAT dan SMK Tun Habab telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang terlibat dalam perluasan KBAT bagi negeri Johor.
Pada hari yang sama, semua guru diberikan maklumkan secara hands on untuk mengisi deskripsi tugas (Job Description) yang terkandung dalam HRMIS. Taklimat diberikan oleh Cikgu Mohamad Radzi bin Ismail dengan dibantu oleh Jurulatih Utama Data bagi negeri Johor iaitu Cikgu Khairul Anuar bin Hasan dan Jurulatih Utama HRMIS iaitu Puan Norwahidah binti Abdul Rahman.