Program Orientasi Tingkatan 4
Pada 21 Mac 2022 telah berlangsung Program Orientasi Tingkatan 4 Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet dihadiri oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Pelajar-pelajar tingkatan 4 ini turut diperkenalkan dengan pakej mata pelajaran yang ditawarkan seperti elektif Sains Komputer, Prinsip Perakaunan, Pendidikan Seni Visual dan Grafik Komunikasi Teknikal.
Antara pengisian program termasuklah taklimat agihan kelas dan subjek oleh Cikgu Mohd Radzi bin Ismail, PK Pentadbiran. Ujian Psikometrik Inventori Tret Personaliti Pelajar turut dilaksanakan dalam usaha sekolah membantu pelajar mengenal pasti potensi dan kecenderungan diri setiap pelajar. Maklumat pengiraan merit UPU, hala tuju selepas SPM dan peluang pengajian turut diberikan bagi membolehkan pelajar mengetahui peluang belajar, menetapkan matlamat dan seterusnya menjadi pemangkin kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum di peringkat menengah atas.