Takziah Kepada Cikgu Aduni dan Keluarga

Takziah kepada Cikgu Aduni binti Muhammad Yunan atas kehilangan bonda yang tercinta pada 6 April 2022 iaitu Rabu bersamaan 4 Ramadhan 1443H. 

“Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran.

Gantikanlah baginya rumah lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka. “

Aaminn.