Rumah Jebat Juara Keseluruhan
Setelah 2 tahun berlalu, Kejohanan Larian Glorious Tun Habab telah berlangsung pada 2 Jun 2022. Kejohanan dirasmikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil bagi kategori L/P18. L/P15 dan L/P14.
Keputusan Kejohanan Larian Glorious Tun Habab ini telah diumumkan pada jam 11.10 pagi di Dewan Seri Tun Habab. Pasukan rumah Jebat telah diumumkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Larian Glorious dengan memperoleh 6884 mata. Seterusnya diikuti dengan rumah Kasturi (6863 mata), rumah Lekir (6952 mata) dan rumah Tuah 7180 mata). Pungutan pingat setakat ini, rumah Jebat mengutip 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Rumah Kasturi turut sama mengutip 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Manakala rumah Lekir mengutip 3 perak dan 1 gangsa dan rumah Tuah 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Kejohanan merentas desa ini berlangsung dengan meriah dengan pelbagai ragam dan karenah warga Glorious Tun Habab. Tahniah diucapkan kepada Unit Sukan dan semua Ahli Jawatankuasa Kejohanan Larian Glorious SMK Tun Habab Kali ke 19.