Lawatan YB Norlizah Ke Pusat Pengumpulan Minyak Terpakai
Pada 28 Julai 2022, Yang Berhormat Norlizah binti Noh yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Negeri Johor telah hadir ke Pusat Pengumpulan Minyak i-GOC SMK Tun Habab. Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Norlizah kerana sudi melapangkan masa melihat projek inovasi yang dihasilkan oleh anak-anak Glorious Tun Habab.