SMK Tun Habab Cipta Sejarah

Buat pertama kali selepas 50 tahun berlalu, SMK Tun Habab mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD Kota Tinggi Tahun 2022.

Dengan perbezaan 3 pingat emas, Pasukan Glorious Tun Habab meninggalkan SMK Laksamana di tangga kedua. Manakala SMK Seri Aman menduduki tangga ketiga. Terdahulu kontinjen SMK Tun Habab sentiasa berada di tempat pertama bermula apada hari pertama hingga hari yang terakhir dengan mengutip 18 emas, 17 perak dan 8 gangsa.

Tahniah diucapkan kepada kontinjen SMK Tun Habab yang diketuai oleh Tuan Haji khairil Anuar bin Mohamad.