SMK Tun Habab Jayakan Pementasan Teater Eksperimental Tun Sri Lanang
Pada 18 dan 19 September 2022 SMK Tun Habab telah berjaya mementaskan sebuah Teater Eksperimental Tun Sri Lanang bawah projek Geran Sepadan Sektor Kebudayaan yang dijayakan oleh Produksi Matahariku SMK Tun Habab dengan kerjasama Majlis Teater Negeri Johor, Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Johor.
Pementasan ini telah menarik hampir 700 orang penonton pelbagai lapisan umur yang turut sama dalam 3 waktu pementasan yang berbeza. Dirasmikan oleh Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi pada pementasan kedua.
Pementasan ini melibatkan 26 orang pelajar SMK Tun Habab dan 11 orang Alumni SMK Tun Habab yang turun membantu. Diharapkan dengan pementasan ini dapat memberikan informasi berguna dan impak yang positif kepada semua yang menonton.
Penulis : Cikgu Nurasikin binti Ishak