SMK Tun Habab Meriahkan Majlis Persaraan Warga Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Pelajar daripada SMK Tun Habab dijemput untuk memeriahkan Majlis Persaraan Warga Pendidikan Daerah Kota Tinggi yang diadakan pada 16 November 2022 di Dewan Seri Damai Asrama Pusat Kota Tinggi. Majlis tersebut adalah untuk menghargai warga pendidikan yang telah bersara sepanjang 2022 ini. Lagu-lagu kenangan mengusik jiwa didendangkan oleh pelajar SMK Tun Habab sebagai penghargaan kepada mereka dan diakhiri dengan lagu Warisan sebagai simbolik pelajar ini sebagai penyambung warisan kepada generasi sebelumnya. Semoga persembahan anak-anak SMK Tun Habab ini menjadi kenangan kepada semua warga pendidikan yang diraikan pada hari tersebut.

Penulis

Cikgu Nurashikin binti Ishak