Sambutan Hari Kanak-kanak Negeri Johor

3 wakil daripada SMK Tun Habab telah terpilih untuk membuat persembahan di hadapan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam sempena Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Persada Convention Centre Johor Bahru pada 14 November 2022. Adik Raja Muhammad Farisdanish bin Raja Muhammad Putra daripada kelas 3 Alusi, Muhammad Hazziq bin Mohd Helal daripada kelas 3 Jauzi dan adik Amalyaazani binti Mohd Jehwan tingkatan 2 Ibnu Sina. Semoga dengan peluang ini akan terus menjadikan nama SMK Tun Habab semakin di kenali ramai. Terima kasih pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas peluang ini dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor atas kepercayaan ini.

Oleh Cikgu Nurashikin binti Ishak